LENCANA SEKOLAH
 

Bahagian utama lencana sekolah ini merupakan sebuah perisai. Perisai ini berwarna merah dengan satu jaluran perak bertepikan emas. Warna merah melambangkan kasih kepada Tuhan.

 

Di sebelah kanan ialah Kitab Suci yang menekankan amalan kepercayaan kepada Tuhan. Di sebelah kiri ialah tiang rahat dan gelendong. Ini adalah lambang kerja yang dilakukan. Di atas perisai ini ialah Bintang Emas. Bintang ini melambangkan cahaya gemilang berlandaskan 5 prinsip Rukunegara:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-Undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan

 

Di sekeliling perisai ialah sekalung bunga marguerite dengan cogan kata "Jujur Dalam Kebajikan" dan "Tabah Dalam Kewajipan". Ini membawa maksud kita haruslah amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama-sama dengan semangat kekeluargaan. Untuk mengamalkan sifat kejujuran ini kita haruslah mengakui tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan sikap mementingkan diri sendiri.

 

"Tabah Dalam Kewajipan" bermakna kita haruslah sedia berkhidmat untuk orang lain. Ketabahan dalam kewajipan ini akan dicapai sepenuhnya hanya sekiranya kita mengenepikan kepentingan diri sendiri.

 

Kalungan bunga marguerite melambangkan kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri.

[Balik ke Index]