MOTTO SEKOLAH
 
"SIMPLE DANS MA VERTU FORTE DANS MON DEVOIR"

Cogan kata "Tulus Dengan Fadilah, Azam Dengan Bakti" mengandungi maksud yang dalam. Jujur dalam kebajikan adalah berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ini bermaksud amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakkan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
Tabah dalam kewajipan bererti menyedari bahawa kewajipan kita ialah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain ini menggunakan tenaga kerana usaha ini diperlukan setiap hari dan masa. Hanya apabila seseorang itu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kecenderungannya, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat dicapai sepenuhnya. Khidmat yang tiada batasannya ini bermula dalam diri kita sendiri.

WAWASAN SEKOLAH

1. Membentuk insan yang sempurna dari
   segi sahsiah dan tingkah laku.

2. Melahirkan insan yang berpengetahuan
   dan berketrampilan.

3. Melahirkan suasana harmoni di kalangan
   warga sekolah.

4. Meninggikan imej sekolah serta memberi
   sumbangan kepada masyarakat, dan negara.

5. Menghayati Falsafah Pendidikan Negara.

 

MATLAMAT SEKOLAH

1. Mencapai kecemerlangan dalam bidang
   Kurikulum dan Kokurikulum.

2. Membentuk budi pekerti mulia dan
    membina disiplin kendiri.

3. Mewujudkan suasana pemuafakatan yang
    harmoni di antara warga sekolah.

4. Mewujudkan iklim sekolah yang ceria.

5. Mengeratkan hubungan dengan
    masyarakat.

 

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar
   ke-100% lulus.

2. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam
   Kokurikulum ke peringkat kebangsaan.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berhemah
   tinggi, berdisiplin, dan bertanggungjawab.

4. Menampilkan imej sekolah yang bersih,
    ceria, dan indah.

5. Menjalinkan persefahaman, kerjasama, dan
   hubungan baik di antara warga sekolah
   dan masyarakat.

 

 [Balik ke Index]