SEJARAH SEKOLAH
Reverend Mother Mathilde Raclot
(Pengasas SMKIJC pada tahun 1859)
 

Rangkaian sekolah "French Convent" atau Institut Holy Infant Jesus Convent ditubuhkan untuk keperluan pendidikan pelajar miskin di Perancis pada tahun 1662 oleh Father Nicholas Barre. Pada tahun 1851, Father Bouched; Vicar Apostolic meminta Sister-Sister datang berkhidmat di Malaya. Sekolah ini merupakan sekolah perempuan yang pertama di Melaka ditubuh oleh Reverend Mother Mathilde Raclot bersama-sama empat orang mubaligh dari ‘Sister Mission’ pada tahun 1859.

Mubaligh-mubaligh tersebut bertungkus-lumus dalam keadaan serba kekurangan yakni menggunakan kotak-kotak sebagai kerusi dan meja. Pada tahun 1875 Lady Clarke telah menyumbangkan peralatan sekolah untuk sebuah hospital tentera yang diubahsuai menjadi sekolah di kaki Bkt. St. Paul. Seramai 26 pelajar berdaftar di sekolah itu. Pada tahun 1899, dengan bantuan Father Maxmillan De Souza, mereka berjaya membeli sekeping tanah dan didirikan sebuah sekolah rendah yang terdiri daripada 27 bilik darjah. Pada Ogos 1952, Reverend Mother Martha telah membeli sekepingt tanah seluas 81\2 ekar di hadapan sekolah rendah ini untuk dijadikan tapak sekolah menengah. Pada 23 April 1954, Reverend Mother Martha menjadi Pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Melaka.

Bangunan baru ini mengandungi 16 bilik darjah, sebuah dewan, dan tandas pelajar. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada darjah 7, 8, dan 9. Pada tahun 1959, 2 buah bilik darjah serta satu blok yang mengandungi sebuah bilik lukisan dan 2 buah makmal sains di tingkat atas dan sebuah bilik masakan dan sebuah bilik jahitan didirikan berhadapan dengan blok yang pertama. Pada tahun 1982 sebuah dewan baru yang serbaguna didirikan dan diubahsuaikan untuk menampung 6 bilik darjah dan sebuah bilik guru pada tahun 1986. Pada tahun 1997, sebuah bengkel kemahiran dan Gazebo didirikan.

 

NAMA                                  TAHUN

Mother Mathilde                 1860 - 1861
Mother Leonard                  1861 - 1867
Mother Anselm                   1875 – 1879
Mother Marcinenne           1979 – 1899
Mother Helen                     1899 – 1905
Mother Marie                     1905 – 1906
Mother Clothilde               1907 – 1920
Mother John Baptist         1920 – 1942
Mother Etienne                 1942 – 1946
Mother Martha                  1946 – 1955
Mother Francis Xavier     1955 – 1957
Mother Pius                      1957 – 1962
Mother Margaret Mary     1962 – 1972
Sister Anne Wong            1972 – 1973
Mrs. Cheong Teng Wan   1973 – 1998
Pn. Rahimah Ghazali     April 1998

 

[Balik ke Index]